Friday, November 17, 2017

ten years, sunway pyramid









Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan unik ni. Cuma ada satu spelling nasi dagang, jadi nasi dangang. Jenuh kejap pikir camna nasi dangang tu. Rupanya salah eja. Okay, no problem, as long rasa nasi dagang dia best. Restoran ni located dekat dengan Nandos, lower ground. Ada macam2 menu kat situ, termasuk la kalau nak lepak2 sambil minum teh tarik. Cuma teh tarik nya tak memenuhi citarasa akak la, macam banyak krimer sangat.






Suka tengok dia punya interior, kerusi yang berwarna-warni tu memang attractive sangat. Budak2 pun mesti suka nak datang kan. Service pun okay, tak ada masalah. Kat dinding tu ada macam2 mural dan ada juga ditayangkan video, sharing resepi laksa etc. And actually kat situ menu Baba Nyonya tapi yang penting makanan dan minuman kat situ adalah halal.







Minum petang dengan roti bakar dan teh tarik. Roti bakar ni ada dua types, satunya roti milk dan butter. Satu lagi butter dan kaya. Dua2 sedap, akak suka...cuma rotinya kurang soft. Kurang gebus. Kalau guna roti yang klasik tu, lagi best kot.







Cheezy wedges untuk minum petang? Not my taste tapi ni pilihan my friend. Tak tau pun macamana rasanya cheezy wedges versi Ten Years ni. Nampak menarik dan sedap kan.






Dah comot sikit pinggan rojak buah ni sebab sampai kat meja je, terus ngap! Tak menyempat-nyempat. Not bad rasanya walaupun tauhu nya agak garing tapi kuah rojaknya marbeles. Memang licin la makan benda ni. So, semua food ni setiap satunya harga tak sampai 10 ringgit pun, so boleh la cuba kan. Lepas makan, boleh window shopping kat Brand Outlets, Guardian dan boutiques lain yang memang boleh kempiskan wallet atau purse kita. Hmmm....











Tuesday, October 31, 2017

atlit junior malaysia







Pagi tadi minta dengan Bos nak datang lewat sikit ke ofic. Actually tak inform pun sebab hal2 beso pun Bos tak ambik port, ni pulak hal akak yang kecik macam ni. While the time akak sampai kat ofic dalam jam 9 am, ada yang belum keluar dari pantry lagi! Dan banyak lagi ruang kerja yang tak ada penghuni. Maklum la subuh tadi hujan lebat, so anything can be happen.

Malam tadi tolong anak dara packing baju. Bersemangat dia nak pergi training kanu. Training untuk preparation Kejohanan Kanu Polo Asia Ke-18. Ini yang dia impikan, untuk bergelat atlit kanu Malaysia. Usaha dan komitmen yang tak putus2 selama hampir 3 tahun, memang menampakkan hasil. Alhamdullillah, akak sokong apa yang baik untuk dia. Anak dara sebelah dia tu, walaupun baru form 4 tapi dah kerap wakil Malaysia untuk game kat luar negara. Congratulations.

All the best to both of you. Ummi doakan yang terbaik. 

By the way, mana2 parents yang berhajat untuk hantar anak2 belajar main kanu, boleh berhubung dengan Kelab Kanu KL. Kalau join mana2 game, Kelab akan tanggung kos penginapan, pengangkutan dan makan. No worries. Kat Malaysia ni mungkin sukan kanu belum popular, jarang la nampak cerita2 pasal sukan kanu kan. Even kat Sekolah Sukan Bukit Jalil pun macam belum ada bidang sukan kanu ni. But it's ok, nanti popular la tu. Dan tak semua negeri ada Kelab Kanu ni (kot?).

Hopefully KBS turut beri perhatian pada atlit2 kanu.

Thursday, October 26, 2017

free lunch & CEO from London








Saja nak tepek gambar makanan, nak bagi kawan2 jaki sebab akak dapat makan free =). Last day duty kat hotel and still invited untuk makan free, so makan la selagi mampu. 

Green tea cake tu tak berapa menepati citarasa akak walaupun akak suka minum green tea. Anyway this 3 days, perut ni penuh dengan coffee pelbagai rasa, hancus diet. Kek coklat tu just macam kek coklat yang biasa2. Peach pie with vanilla tu quite okay rasanya tapi akak prefer apple pie kalau ada pilihan. Agar2 tu tak ada apa yang special. One thing, we have to be fast untuk ambik food etc sebab waiters and waitress kat situ sangat cepat angkut food untuk bawa pergi kitchen semula. Even orang tengah sedap nak habiskan food pun, dia boleh cakap nak angkat pinggan.





Lunch menu, yang semalam lagi best sebab ada grilled lamb. Hari ni ada lamb masak kari, quite heavy to eat sebab dengan rasa kambing lagi, dengan rasa kari lagi. Heavy kat tekak ni. Sweet sour fish quite okay, mushroom & brokoli chinese style, akak suka sangat. Kalau boleh nak buat muka seposen dan ratah banyak2. Salad + dressing tu memang best, semalam pun makan. Ada salad tomato tu, bila makan...akak rasa macam makan minyak gamat. So, surrendered. Portion nasi kena sikit sebab nak makan lauk banyak. Standard la kan kalau makan kat hotel.

While we were eating, ada sorang auntie ni duduk kat sebelah. Rapat pulak tu, macam dah kenal lama. I dont mind sebab boleh borak2 tapi macam curious pulak. Bila we all borak, dia macam pay attention dengan cerita2 yang we all borak. At last auntie ni join borak dan terkeluar slang pantai timur + english. Dont judge a book by its cover, okay. Penat dengar dia cerita pasal kerja dia di London, kawen dengan English Man, dah dapat PR, kerja fly sana dan fly sini. Tapi akak pay attention dengan cerita dia walaupun dressing dan muka dia macam auntie berniaga kain batik kat Kota Bharu.

Thank you Kak Ha for sharing success stories in London. Hopefully her new project will success too.

Tuesday, October 24, 2017

dapat charge handphone & makan free lagi










Last minute kena pergi buat exhibition & sales kat Hotel Intercontinental, KL. Bagi yang blur pasal hotel ni, dulu Hotel Nikko. Famous sebab bersebelahan dengan Restoran Lotus yang dah tinggal kenangan tu. Kerja last minute tapi nak hasil tiptop, pengsan. Nasib baik ada teamwork walau sorang dua tu macam tak ikhlas nak ber-teamwork. Macam kena paksa.

Okay, secretariat punya friendly and helpful, bagi makan free lagi. I thot makan tu cuma untuk CEOs yang datang untuk berforum tu jek tapi dia ajak we all makan sekali. Bercahaya mata akak, rezeki jangan ditolak uolls. Minum pagi, lunch dan minum petang, all for free. Hopefully esok dan lusa pun dapat makan free =).

Seronok terlebih sebab dapat makan siew mai, my favourite all the time.






Dah "penat" makan dan setup, handphone macam dah hidup segan mati tak nak. Terharu bila tengok ada charging station kat situ. Uolls boleh charge ikut suka, cuma becareful bimbang tertukar handphone atau handphone lesap. Tapi kalau emergency bateri handphone dah out, ni la tempatnya. Makcik jakun kejap. Anyway thank you for understanding our need. Appreciated. Fast charging pulak tu. Terbaik.

Okay, bye.

Wednesday, October 18, 2017

iphone yang hilang







Kelmarin dapat kawan2 baru dari Jepun. One of them is an English teacher in Singapore and married to Singaporean. The other one (sebelah kanan) is a crafter, terer buat handmade accessories, kawen dengan lelaki Melayu dari Malaysia. So that one pandai cakap Melayu walaupun tak fasih. Yang English teacher tu dah 15 tahun duduk kat Singapore, so she's quite familiar dengan KL. Comey derang ni walaupun bukan muda lagi. Dressing sangat simple, ingatkan dia tengah berpantang sebab pakai selipar dengan stokin tebal =).

More than 7 days ago, SRK jumpa Iphone dan mintak akak investigate cari ownernya. It was quite difficult to find sebab Iphone tu tak boleh dibuka, ada password dan tambah lagi, owner dah set dalam flight mode. Mujur la boleh baca notifications kat wall, so try tengok nama2 yang suka like dia punya instagram. Hebat kuasa media social ni kan. Selepas 5 hari baru ada respon daripada sorang perempuan Jepun juga, dia cakap dia student kepada owner Iphone tu tapi teacher dia ada kat Singapore.

Okay, dia introduced akak kepada sorang lagi Jepun, yang ni memang kawan baik orang yang hilang Iphone ni, kawan dari zaman kat universiti lagi. Lama tu. So we all chatting through instagram jek, malas lagi nak bagi phone number. Nak kena confirm banyak benda sebab nak make sure I have found the right owner. Banyak la soalan akak tanya, forsure Jepun ni macam boring nak jawab banyak benda.

Orang kata, buat baik pasti dibalas dengan kebaikan juga. Alhamdullillah memang jumpa the right owner dan dia sangat sangat sangat happy sebab dapat semula Iphone dia. Of course la kan, just imagine handphone kita yang hilang. Dengan contact list dalam tu, dengan photos yang kita sayang, belum lagi kalau kita simpan benda2 lain dalam phone tu. Memang macam hilang nyawa kejap kan.

Well, this Japanese woman sanggup datang ke KL untuk berjumpa dan ini la yang dinamakan kehidupan. Nice to meet both of you.

Tuesday, October 17, 2017

workout by your name







Lama tak share pasal workout, since akak pun dah lama tak buat serious workout. Setakat lari2 anak kat tasik titiwangsa tu, ada la. Tapi kalau buat exercise yang betul2 ikut flow, memang dah lama tak buat. Masa dan keadaan yang kurang mengizinkan. So today nak share sikit pasal simple workout by spelling your name.

Untuk akak, kalau follow nama akak,  akak kena buat:

I  -  30 jumping jacks
N - 40 jumping jacks
T  - 15 squats
A  - 50 jumping jacks
N  - 40 jumping jacks

Rumusannya, harus pengsan akak nak buat jumping jacks sebanyak 160 kali =).

By the way, you can try by spelling your name.





Thursday, September 28, 2017

kedai kasut 28 ringgit








Macam kasut lelaki pulak, akak tengok. Tapi ni kasut perempuan. Cantik pulak pakai kasut kaler putih, macam suci murni. Tapi bukan nak share pasal pattern kasut ni, nak share pasal kedai kasut ni.

Baru2 ni masa temankan anak dara jalan2 kat Berjaya Times Square, ternampak kedai ni. Serius, baru kali ni ternampak kedai ni. Kedai kasut yang penuh dengan kasut, crowded giler kasut2nya tapi tersusun. Kalau akak tak salah pandang, semua kasut perempuan pelbagai pattern dan kategori. Nak wedges, ada. Nak heels, ada. Nak kasut ala2 snicker, ada. Nak sandal macam makcik pegi pasar pun ada. No worries, semua ada kot. Dan yang bestnya harga kasut kat kedai tu semua RM28 sepasang. Tak tipu.

Kalau nak terjah, pergi kat floor yang ada mesin ATM Maybank tu. Tak jauh daripada mesin ATM tu jek. Customer kat situ memang ramai. Mesti la kan, mana nak cari kasut2 yang cantik dengan harga RM28. Pilih jek yang mana berkenan di hati. Anak dara dah noted beberapa kasut yang dia minat. Nak repeat pergi la tu.

Untuk yang rakyat marhain macam akak ni, kasut2 macam ni dah okay. Boleh bawa pergi ofic, jalan2, functions...macam2 ada. Boleh try tengok kedai ni.

ten years, sunway pyramid

Sapa suka jenjalan kat Sunway Pyramid dan mencari makanan Melayu? Boleh la try makan2 kat restoran yang interiornya cantik dan...