Thursday, September 28, 2017

kedai kasut 28 ringgit








Macam kasut lelaki pulak, akak tengok. Tapi ni kasut perempuan. Cantik pulak pakai kasut kaler putih, macam suci murni. Tapi bukan nak share pasal pattern kasut ni, nak share pasal kedai kasut ni.

Baru2 ni masa temankan anak dara jalan2 kat Berjaya Times Square, ternampak kedai ni. Serius, baru kali ni ternampak kedai ni. Kedai kasut yang penuh dengan kasut, crowded giler kasut2nya tapi tersusun. Kalau akak tak salah pandang, semua kasut perempuan pelbagai pattern dan kategori. Nak wedges, ada. Nak heels, ada. Nak kasut ala2 snicker, ada. Nak sandal macam makcik pegi pasar pun ada. No worries, semua ada kot. Dan yang bestnya harga kasut kat kedai tu semua RM28 sepasang. Tak tipu.

Kalau nak terjah, pergi kat floor yang ada mesin ATM Maybank tu. Tak jauh daripada mesin ATM tu jek. Customer kat situ memang ramai. Mesti la kan, mana nak cari kasut2 yang cantik dengan harga RM28. Pilih jek yang mana berkenan di hati. Anak dara dah noted beberapa kasut yang dia minat. Nak repeat pergi la tu.

Untuk yang rakyat marhain macam akak ni, kasut2 macam ni dah okay. Boleh bawa pergi ofic, jalan2, functions...macam2 ada. Boleh try tengok kedai ni.

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...