Friday, December 15, 2017

king patin








I am a die hard fan of ikan patin. Of coz la kan sebab akak asal dari Bandar Ikan Patin. Kalau balik kampung, gulai ikan patin or patin goreng or patin bakar memang wajib ada, macam orang mengidam. Kalau mak yang masak gulai patin, lagi best. Mak masak main campak2 jek bahan2 tapi at the end, rasanya memang terbaik. Tak boleh lawan la.

Kat KL ni, susah sikit nak cari gulai ikan patin yang best, yang sedap rasanya, tak ada rasa lumpur atau tanah. Banyak try dah tapi rasanya memang out. Nampak menyelerakan tapi bila makan memang kureng. Since kat Sri Rampai ada buka branch Gobang Maju, dan akak dah pernah pergi try makan, okay la rasanya, sesuai dengan citarasa tapi harganya memang untuk orang ada2 (kot?). Harga quite expensive to me. Then, kalau kat Puchong Perdana, ada satu kedai kat uptown tu, gulai patin dia memang best. katanya wife tauke memang orang Temerloh, so no wonder dia masak ada rasa.

By the way, kat area KL ni, boleh cuba kat King Patin, Selayang. Biasanya akak dan kawan2 terjah kat King Patin ni la. Rasanya not bad, boleh makan. Yang penting tak ada rasa lumpur atau tanah tu. King Patin is recommended sebab harganya memang berpatutan. Akak makan lunch set macam pic kat atas tu, baru RM10. Depends on bahagian mana ikan yang nak kita makan. Kalau kepala atau ekor ikan, lain harga. Tapi memang berbaloi nak makan. Lokasi King Patin, berdekatan dengan Stadium Selayang. 

Anyway, have a nice weekend uolls!

No comments:

Post a Comment

jejak orang suka makan, suka baca dan suka tulis...terima kasih daun keladi...jangan serik datang lagi...